Bayangkan sebuah seminar perniagaan yang dihadiri ratusan peserta, dan anda salah satu daripadanya. Sehari suntuk menuntut ilmu, sudah tiba masanya untuk mengamalkan ilmu tersebut. Satu bulan kemudian, tiada perubahan yang memuaskan. Kenapa?
Apabila ditanya kepada sifu seminar, apakah sebab-sebab yang akan diberikan? Tidak cukup modal? Pelaksanaan salah? Tidak cukup beribadat? Produk anda tidak cukup bagus? Mungkin. Tapi, ada satu sebab yang jarang disebut tetapi saya rasakan adalah jawapan paling tepat.
Ilmu yang diajar didalam seminar tersebut belum sesuai untuk fasa perniagaan anda.
Bukannya salah sifu-sifu seminar, adalah tugas kita sebagai seorang usahawan untuk mengenali apakah fasa perniagaan kita dan apakah kemahiran & ilmu yang perlu diutamakan yang sesuai untuk fasa perniagaan kita. Apakah kesannya jika anda tidak kenal fasa perniagaan anda?
Sebagai seorang corporate trainer yang mengajar inovasi, saya pernah cuba menyelesaikan masalah penguasaan bahasa inggeris. Salah satu produk idea saya adalah sebuah permainan kad yang memupuk minat membaca kamus bahasa inggeris dikalangan pelajar sekolah. Ia menggabungkan mekanisme permainan papan scrabble/sahiba dengan permainan kad Uno.
Semasa awal pelancaran produk, saya berjaya menjual 200 unit dalam 3 bulan tanpa sebarang pemasaran, dan ia masih bukan bisnes utama saya.
Akhirnya, saya membuat keputusan untuk membuat pelaburan lebih ke dalam produk ini. Saya melabur sejumlah wang yang besar untuk mengiklankan produk saya melalui sebuah
video. Kesannya?
Video tersebut mendapat hampir 2 juta views dalam 7 hari, tetapi sales? Tidak memberangsangkan. Bukannya salah video, tapi strategi saya salah.
Saya memandang rendah kepentingan membina kredibiliti dipasaran, lebih-lebih lagi untuk produk bersifat pendidikan. Usaha penjenamaan & pemasaran sosial media belum mencukupi untuk meyakinkan prospek membuat pembelian.
Bagaimana anda boleh mengelak melakukan kesilapan yang sama?
Gunakanlah TERMOMETER PERNIAGAAN!
Saya telah kenal pasti empat fasa perniagaan iaitu: Fasa Sejuk, Fasa Suam, Fasa Hangat & Fasa Panas. Setiap dari fasa ini anda perlu fokus kepada perkara yang berbeza.
Fasa Sejuk
Baca setiap kenyataan dibawah:
- Orang ramai tak kenal anda & tidak tahu apa bisnes anda
- Sentiasa mencari pelanggan, bukannya pelanggan mencari anda
- Jarang sesiapa menghubungi anda untuk bertanya mengenai produk atau bisnes
- Anda dibayar dengan rendah untuk masa, perkhidmatan & produk anda
- Produk anda tidak menjadi sebutan atau rebutan orang ramai
Jika 4 atau lebih kenyataan di atas menggambarkan diri anda dan perniagaan anda, maka anda berada di fasa sejuk. Jika tidak, and masih mungkin di fasa sejuk, kerana senarai diatas bukan senarai komprehensif. Untuk senarai penuh, boleh dapatkan 'Termometer Perniagaan' dengan percuma di
sini.
Untuk usahawan yang berada di fasa sejuk, mereka mungkin tertanya-tanya "Kenapalah tiada siapa nak tolong rekomen bisnes aku?"
Bukannya soal taknak tolong, tapi anda belum mempunyai kredibiliti sebagai seorang usahawan, walaupun anda mempunyai ‘track record’ yang bagus...
Penyelesaiannya, semak sama ada persona perniagaan anda selari dengan perniagaan anda. Ada empat komponen persona perniagaan, kalau salah satu komponen tidak selari, maka ia akan memberikan persepsi negatif kepada kredibiliti anda, produk anda & perniagaan anda.
Saya ada kupaskan dengan lebih lanjut di
personaperniagaan.com.