Thursday, May 14, 2020

Anjakan Mindset Keusahawanan Pasca 2020

Kilang Berasaskan Robot, Kereta Tanpa Pemandu & 'Artificial Intelligence' menunjukkan bagaimana masa depan kita akan bertemakan automasi berteraskan teknologi. Apabila robot-robot & komputer yang tidak mengenal penat ini mengambil alih kerja manusia sebagai tenaga buruh, apakah kerja yang tinggal untuk kita para manusia?

Pekerjaan yang berkaitan dengan inovasi & memerlukan kreativiti. Walaupun, ada usaha menggunakan 'artificial intelligence' untuk menghasilkan lagu atau seni lukisan, ia tidak boleh mengalahkan kemampuan manusia untuk menyelesaikan masalah kompleks yang bersifat subjektif dengan cepat. Contohnya, kerja yang melibatkan perkhidmatan pelanggan, 'sales', Perhubungan Awam, Pengurusan Sumber Manusia, Penciptaan Produk, Strategi Pemasaran dan sebagainya...

Berbanding Industri Revolusi sebelum ini yang ditentukan siapa yang mempunyai modal & kelengkapan paling besar, Industri Revolusi 4.0 akan dimenangi oleh syarikat yang paling inovatif!

Untuk Malaysia mampu bersaing didalam medan perang baru ini, perniagaan-perniagaan perlu memahami bagaimana kreativiti, inovasi & keusahawanan saling berkait dan bagaimana ia memberi kelebihan persaingan.


FORMULA KEUSAHAWANAN

Keusahawanan = Inovasi + Kemahiran Perniagaan

Salah satu bisnes pertama adalah mobile app android yang boleh membantu pemilik restoran mengesan pembaziran, penipuan & kecurian didalam restoran. Sebuah idea yang inovatif dan berjaya mendaoat geran untuk membina prototaip. Namun begitu, produk yang inovatif tidak menjanjikan kejayaan perniagaan. Aspek perniagaan seperti pengurusan kewangan, strategi harga, rangkaian pemasaran perlu dititik beratkan juga. Bukan sahaja saya mengalami nasib ini. Di Malaysia, mereka yang inovatif tiada kemahiran perniagaan, dan mereka yang berkemahiran berbisnes pula, tidak begitu kreatif. Untuk menjadi usahawan yang memberi impak pada negara, dua-dua kena ada. Hendak belajar kemahiran perniagaan, tak susah, ada banyak seminar perniagaan. Tetapi, bagaimana hendak menjadi seorang usahawan yang inovatif?


FORMULA INOVASI

Inovasi = Kreativiti + Kepimpinan

Pernahkah anda mempunyai idea yang bagus tapi gagal meyakinkan boss untuk menerima idea tersebut? Itulah beza kreativiti & inovasi. Matlamat kreativiti adalah menghasilkan idea. Matlamat inovasia adalah mengubah idea menjadi realiti.

Kreativiti akan kekal idea sehinggalah anda mempunyai kesungguhan & keyakinan untuk memperjuangkan idea tersebut habis-habisan. Inilah yang dimaksudkan inovasi memerlukan kepimpinan. Asas kepimpinan adalah untuk memimpin diri sendiri untuk memperjuangkan sesuatu yang anda percaya. Apabila anda menjadi boss, pun sama sahaja. Anda perlu mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi untuk meyakinkan anak buah untuk berjuang & membantu syarikat mencapai objektif syarikat untuk berinovasi.

Bagaimana jika saya tidak kreatif?

Kreativiti boleh dipelajari & dipupuk! Dan bukannya tertakhluk pada bakat sahaja.


FORMULA KREATIVITI

Kreativiti = Perspektif (Pengetahuan + Pengalaman)

Kreativiti bermaksud keupayaan menghasilkan idea.

Kesemua idea hanyalah gabungan dua perkara di dalam bentuk yang baru. Itulah yang dikatakan pakar kreativiti terkemuka, Frederik heren.
Untuk itu, seorang yang kreatif perlu mengumpul pengetahuan dan pengalaman yang banyak. Tetapi, itu sahaja tidak mencukup.

Kreativiti anda, pasukan atau syarikat anda akan meningkat apabila perspektif berbeza diambil kira. Kenapa? Berbalik kepada kenyataan Frederik Heren. Lagi, banyak pertembungan idea, lagi banyak idea baru dihasilkan, dan lagi tinggi kualiti idea akhir yang dipilih.


Sebagai kesimpulan, setiap perniagaan pasca 2020 perlu berpaksikan inovasi dan bukannya berpaksikan jualan. Kerana perniagaan berpaksikan inovasi akan mempunyai produk yang mampu bersaing & menarik peluang perniagaan, manakala perniagaan berpaksikan jualan tidak mempunyai kelebihan perniagaan lain selain menurunkan harga atau mengganggu pelanggan tanpa henti untuk mendapat jualan. 

Sebelum saya akhiri, anda mungkin merasakan tahap perniagaan anda tidak memerlukan inovasi kerana syarikat anda masih kecil atau tidak mempunyai pekerja. Saya ingin menjemput anda mengubah persepsi anda dengan mengenali Persona Perniagaan anda. 

Inovasi tidak perlu berteknologi tinggi dan tidak perlu dilakukan oleh syarikat besar sahaja. Anda juga perlu berinovasi sebagai seorang individu. Kenali Persona Perniagaan anda supaya ia dapat membantu anda menjayakan idea perniagaan anda. 

Ingat, inovasi = kreativiti + kepimpinan. Bagaimana anda hendak memimpin diri sendiri jika anda tidak kenal diri sendiri. Persona Perniagaan memperjelaskan matlamat & sumber motivasi diri didalam konteks perniagaan.

Untuk mengubah hala tuju perniagaan anda menjadi lebih inovatif, sila lawati personaperniagaan.com

No comments:

Post a Comment

I WASTED A YEAR!

I just started doing my masters for a few weeks. I thought i have spent enough time last year to prepare in advance for my thesis. Unfortuna...