'Goal Setting' atau di dalam bahasa melayu dipanggil Penetapan Matlamat. Hampir setiap kali menghadiri kursus motivasi anda akan diminta untuk menyenaraikan impian & matlamat anda.
Selepas beberapa bulan, apa jadi pada matlamat-matlamat tersebut?
Mari kita kupaskan sebab-sebab penetapan matlamat anda gagal dan bagaimana mengelakk annya berulang lagi...
Terdapat 3 sebab anda gagal mencapai matlamat walaupun anda mempunyai bakat & kemampuan untuk mencapai matlamat yang sudah ditetapkan.
Bayangkan, dimana bulan Disember sudah pun tiba, rakan-rakan sudah mula memasang resolusi tahun baru. Kita pun terfikir nak buat benda yang sama, tapi bila difikirkan, resolusi tahun lepas kita pun masih tidak tercapai. Kemudian, apa jadi?
"Buat apa memasang niat tahun baru, kalau tak capai seperti tahun-tahun lepas?"
Itulah sebab yang pertama, takut nak memasang matlamat kerana takut gagal lagi. Walaupun kegagalan merupakan pengalaman yang pahit untuk diungkit, kita sepatutnya mengkaji apakah yang kita boleh perbaiki dari kegagalan tersebut, kerana:
Asas pembelajaran adalah belajar dari kesilapan & kegagalan.
Apabila kita bermuhasabah diri dan mengenal pasti punca-punca kegagalan, kita berada didalam 'mindset' yang betul untuk mencari strategi & penyelesaian kepada punca-punca kegagalan itu tadi.
Sebaliknya, apabila kita takut menghadapi kenyataan, minda & hati kita tertutup kepada penyelesaian & strategi mencapai matlamat asal anda, walaupun jika ia muncul di depan mata anda!
Fenomena ini disebabkan oleh 'Reticular Activating System' (RAS). Dimana otak kita cenderung untuk fokus kepada sesuatu yang penting bagi kita dan menolak segala perkara yang tidak ada kepentingan untuk diri kita. Saya ada terangkan dengan lebih lanjut mengenainya pada saat 4:01 di dalam video ini. Dan inilah penyumbang kepada sebab kedua kenapa kita gagal mencapai matlamat kita, iaitu kekurangan fokus dalam mencapai matlamat. Kekurangan fokus bererti kekurangan motivasi untuk kekal berdisiplin berusaha ke arah matlamat tersebut.
Sebab ketiga pula, adalah kita tidak menetapkan matlamat yang berkualiti yang tidak cukup jelas. Apabila kita tidak jelas kepada matlamat atau punca-punca kegagalan matlamat dicapai, maka kita mudah hilang fokus & mudah dipengaruhi oleh faktor luaran. Kenapa matlamat tidak jelas, kerana kita tak tahu apa nak capai dalam hidup atau ketiadaan idea mengenai apa yang perlu dicapai. Kalau ditanya, kebanyakan akan jawab: "Nak jadi kaya!" Matlamat tersebut tidak cukup spesifik & jelas.
Pernah dengar S.M.A.R.T model? S untuk spesifik. Tetapi SMART Model mengajar bagaimana hendak menjawab persoalan mengenai "Apakah matlamat anda?" Itu bukan isunya.
Isu sebenar adalah kebanyakan impian hidup kita, dipengaruhi impian & matlamat orang lain atau ekspektasi masyarakat sekeliling. Hasilnya, adalah matlamat yang dibuat-buat, tidak jujur & tidak ikhlas pada diri sendiri.
Penyelesaiannya, adalah mencipta satu kaedah membantu anda memikirkan idea-idea mengenai apakah yang anda mahu capai didalam hidup. Maka, saya hasilkan Formula F.L.O.W.E.R...
Formula F.L.O.W.E.R
F = Familiy (Keluarga)
L = Leisure (Hobi)
O = Occupation (Kerjaya)
W = Wealth (Harta)
E = Education/Entrepreneurship (Pendidikan/Keusahawanan)
R = Religion (Keagamaan)
Untuk penerangan lanjut, saya ada kupaskan bagaimana hendak menggunakan Formula F.L.O.W.E.R didalam sebuah video di profail facebook saya disini: Link Video Formula F.L.O.W.E.R
No comments:
Post a Comment