Ada sifu kata pelaburan hartanah adalah terbaik. Ada kata berbiznes
menggunakan digital marketing adalah yang terbaik. Ada pula kata pelaburan
saham paling menguntungkan. Ada yang berkata perniagaan sistem francais paling
bagus.
Mana satu yang betul? Kita pun jadi keliru dan hilang arah tuju dalam
berbisnes...
Semua tak betul! Kenapa?
Sebab sifu-sifu tersebut tak ambil kira bakat anda, kemahiran anda
didalam mencadangkan jenis bisnes terbaik untuk anda. Ya, bisnes yang mereka
lakukan adalah yang terbaik, tetapi ia biznes terbaik untuk bakat-bakat &
kelebihan mereka. Sebab ia mudah bagi mereka…
Apa yang mudah bagi mereka, tidak mudah bagi anda!
Keberkesanan biznes anda akan bergantung kepada kemahiran & bakat
anda!
Oleh itu kita kena kenal bakat dan kekuatan kita sebagai seorang
Usahawan. Dan inilah saya panggil sebagai persona perniagaan...
Pernah tak dengar usahawan pergi seminar bisnes tapi tak amalkan ilmu
yang dipelajari?
Sebabnya?
Sebab ada ilmu yang dipelajari tak kena dengan jiwa & nilai-nila
murni yang mereka pegang.
Contohnya,
Ada sifu diluar sana tak kisah menggunakan 'pemasaran kontroversi'
tetapi tak ramai antara kita yang suka menggunakan kaedah tersebut kerana
mempunyai unsur-unsur penipuan dan mungkin mempunyai impak sosial yang
negatif...
Apabila ada sifu yang memaksa anda berbuat sesuatu yang bertentangan
nilai-nilai murni yang anda pegang, jangan paksa diri...
Nanti dua-dua tak dapat, sales tak dapat, kredibiliti diri pula
tercemar...
Lagi satu, pernah nampak pelajar seminar bisnes mengamalkan ilmu yang
dipelajari masih gagal walaupun sudah mengamalkannya?
Apa sebabnya?
Sebab ilmu yang dipelajari tak kena dengan kemahiran & bakat mereka.
Beberapa kali saya melihat beberapa usahawan yang tak pandai teknologi
memaksa diri untuk belajar pemasaran digital. Kalau dah berkali-kali belajar
masih tak jalan, cubalah cari cara lain...
Kebanyakan mereka ini ada bakat lain, contohnya mereka pandai menulis
copywriting menarik, pakar menjual melalui ‘face to face’ dan sebagainya.
Tak salah belajar, tapi kenali diri anda supaya boleh nampak kelas mana
satu yang akan menjamin pulangan...
Walaupun sudah memilih seminar bisnes dengan betul dan mengamalkan ilmu
yang dipelajari...
...ia masih tak menjamin kejayaan bisnes anda...
Isunya bukan seminar bisnes, isunya adalah...
SERASIKAH ANDA DENGAN PERNIAGAAN ANDA?
Adakah segala bakat, minat, kemahiran yang anda punyai dapat digunakan
sepenuhnya didalam perniagaan yang anda pilih?
Jika anda kurang pasti, inilah yang saya kupas didalam eBook Persona Perniagaan untuk membantu anda memilih perniagaan yang serasi dengan ‘Persona Perniagaan’ anda...
Jika anda kurang pasti, inilah yang saya kupas didalam eBook Persona Perniagaan untuk membantu anda memilih perniagaan yang serasi dengan ‘Persona Perniagaan’ anda...
No comments:
Post a Comment