Monday, June 15, 2020

Motivasi berbisnes memerlukan minat ke?


Didalam artikel sebelum ini saya ada berbincang mengenai kepentingan menggunakan segala bakat-bakat dan kelebihan didalam biznes…


Tapi saya pasti ramai akan berkata “ala…itu saya pun tahulah…”


Kalau tahu, berapa kali kita lihat orang ramai tertipu skim cepat kaya. Skim yang menyebabkan orang melabur ke dalam sesuatu biznes berdasarkan keuntungan & ketamakkan dan bukannya memilih berdasarkan kemahiran & bakat mereka?


Inilah antara sebab kita tak berjaya didalam bisnes…


Bakat & kemahiran adalah salah satu komponen persona perniagaan tetapi ada faktor lain iaitu…


Apakah tujuan anda berbisnes?


Minat?

Perjuangan?

Peluang?

Tak Pasti?


Nak tahu apa beza empat tujuan berbisnes ini?

Berbisnes sebab minat

Ini yang paling selalu kita dengar. Tapi, berhati-hati, kerana kalau kita minat buat kek tak semestinya kita akan jadi usahawan kek yang berjaya. Kenapa?


Sebab seorang pakar kek kena ada kemahiran buat kek. Seorang usahawan kek kena ada kemahiran pengurusan, kemahiran pemasaran, kemahiran pengurusan kewangan dan sebagainya…


Saya cadangkan baca buku The E-myth Revisited daripada Michael E. Gerber


Seterusnya, ada yang berbisnes sebab perjuangan.


Ada diantara kita ingin membina empayar bisnes untuk menguatkan ekonomi agama & bangsa. Ada yang mahu menyalurkan untung ke usaha kebajikan. Ada yang mahu menggunakan perniagaan sebagai platform mendidik masyarakat mengenai kesedaran pengurusan kewangan…


Inilah yang dimaksudkan dengan berbisnes sebab perjuangan…

Didalam eBook Persona Perjuangan saya mengupas lebih mendalam mengenai Perjuangan Perniagaan dan kesannya ke atas bisnes anda. Kalau tanya saya, inilah faktor terbesar didalam Persona Perniagaan yang menentukan kejayaan anda.


Next, berbisnes sebab peluang..


Kadang-kadang, Allah bagi rezeki untuk nampak peluang berharga…


Jika cukup ilmu, modal & pengalaman, kita boleh cepat merampas peluang tersebut.

Tak ramai usahawan berbisnes sebab peluang, tapi ada je diluar sana…

Kekurangan golongan ini, jika mereka terlampau kerap tukar industri mereka tak dapat membina kepakaran & kepercayaan yang mendalam dalam industri mereka…


Dan akhir sekali,


Berbisnes sebab…tak pasti…


Ini yang paling bahaya. Saya faham ada situasi dimana keutamaan adalah untuk mencari nafkah.


Bila sudah stabil, masih tak tahu hala tujuan bisnes anda, maksudnya mereka ini tidak tahu apa sebabnya anda berbisnes.

Kalau kita tidak tahu arah tuju perniagaan kita, bagaimana nak rancang strategi perniagaan untuk mara ke tahap yang seterusnya?


Apa yang saya cuba sampaikan adalah…

Dalam berbisnes, kita kena serasikan Perjuangan Perniagaan, Persona Perniagaan dan jenis perniagaan yang dipilih…

‘Competitive Advantage’ atau kelebihan persaingan kita yang paling istimewa adalah diri kita sendiri, kerana ada satu sahaja di seluruh dunia. Pesaing boleh tiru produk, tapi mereka tidak boleh tiru personaliti & perjuangan anda. Pesaing lain boleh tiru, tapi sudah pasti ia tidak akan sama 100%. Malah, orang akan janggal bila ada orang meniru anda lebih-lebih...

Gunakanlah keunikan tersebut. Kenali diri, perniagaan lestari...


SEBELUM ANDA MENUNTUT ILMU PERNIAGAAN…

Ada sifu kata pelaburan hartanah adalah terbaik. Ada kata berbiznes menggunakan digital marketing adalah yang terbaik. Ada pula kata pelaburan saham paling menguntungkan. Ada yang berkata perniagaan sistem francais paling bagus.
Mana satu yang betul? Kita pun jadi keliru dan hilang arah tuju dalam berbisnes...
Semua tak betul! Kenapa?
Sebab sifu-sifu tersebut tak ambil kira bakat anda, kemahiran anda didalam mencadangkan jenis bisnes terbaik untuk anda. Ya, bisnes yang mereka lakukan adalah yang terbaik, tetapi ia biznes terbaik untuk bakat-bakat & kelebihan mereka. Sebab ia mudah bagi mereka…
Apa yang mudah bagi mereka, tidak mudah bagi anda!
Keberkesanan biznes anda akan bergantung kepada kemahiran & bakat anda!
Oleh itu kita kena kenal bakat dan kekuatan kita sebagai seorang Usahawan. Dan inilah saya panggil sebagai persona perniagaan...
Pernah tak dengar usahawan pergi seminar bisnes tapi tak amalkan ilmu yang dipelajari?
Sebabnya?
Sebab ada ilmu yang dipelajari tak kena dengan jiwa & nilai-nila murni yang mereka pegang.
Contohnya,
Ada sifu diluar sana tak kisah menggunakan 'pemasaran kontroversi' tetapi tak ramai antara kita yang suka menggunakan kaedah tersebut kerana mempunyai unsur-unsur penipuan dan mungkin mempunyai impak sosial yang negatif...
Apabila ada sifu yang memaksa anda berbuat sesuatu yang bertentangan nilai-nilai murni yang anda pegang, jangan paksa diri...
Nanti dua-dua tak dapat, sales tak dapat, kredibiliti diri pula tercemar...
Lagi satu, pernah nampak pelajar seminar bisnes mengamalkan ilmu yang dipelajari masih gagal walaupun sudah mengamalkannya?
Apa sebabnya?
Sebab ilmu yang dipelajari tak kena dengan kemahiran & bakat mereka.
Beberapa kali saya melihat beberapa usahawan yang tak pandai teknologi memaksa diri untuk belajar pemasaran digital. Kalau dah berkali-kali belajar masih tak jalan, cubalah cari cara lain... 
Kebanyakan mereka ini ada bakat lain, contohnya mereka pandai menulis copywriting menarik, pakar menjual melalui ‘face to face’ dan sebagainya.
Tak salah belajar, tapi kenali diri anda supaya boleh nampak kelas mana satu yang akan menjamin pulangan...
Walaupun sudah memilih seminar bisnes dengan betul dan mengamalkan ilmu yang dipelajari...
...ia masih tak menjamin kejayaan bisnes anda...
Isunya bukan seminar bisnes, isunya adalah...
SERASIKAH ANDA DENGAN PERNIAGAAN ANDA?
Adakah segala bakat, minat, kemahiran yang anda punyai dapat digunakan sepenuhnya didalam perniagaan yang anda pilih?

Jika anda kurang pasti, inilah yang saya kupas didalam eBook Persona Perniagaan untuk membantu anda memilih perniagaan yang serasi dengan ‘Persona Perniagaan’ anda... 

I WASTED A YEAR!

I just started doing my masters for a few weeks. I thought i have spent enough time last year to prepare in advance for my thesis. Unfortuna...